6 Cara Mencegah Bayi Kuning. Bila Baru Lahir tiada Jaundice!

6 Cara Mencegah Bayi Kuning. Bila Baru Lahir tiada Jaundice! - Seringkali kita terdengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Kadangkala kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulanga
lik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ditambah pula dengan keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya. Lebih teruk apabila ibu dan bayi terpaksa di tahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi. Jaundice terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadangkala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Jaundice tidak merbahaya kepada bayi tetapi akan menjadi bahaya jika tidak dikawal lebih awal. Mungkin petua dan amalan yang akan kami kongsikan ini dapat membantu para ibu untuk mngelak dan mengubati jaundice.

Antara amalan ibu mengandung yang boleh mengelakkan jaundice :

1. Makan 3 sudu madu tanpa air atau meminum air madu 5 sudu setiap hari.

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari. Seelok-eloknya semasa sarapan dan
sebelum tidur.

Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu

3. Mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml sehari
Pati delima juga terdapat dalam bentuk yang sudah diproses

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan

5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Di samping baik untuk bayi, air kelapa juga dapat mengelakkan jaundice.

6. Suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin. 
Mengusap perut isteri oleh suami amat digalakkan

Amalan di atas sesuai jika ibu sedang mengandung. Jika anak sudah lahir dan ditakdirkan bayi kuning, baca artikel kami tentang cara mengatasi bayi kuning.

Ada sesetengah ibubapa tidak mahu mencampurkan apa jenis minuman atau titisan selain drp susu ibu mereka boleh mengelakkannya dengan menggunakan Nuraz Mandian Penawar Demam Kuning Si Comel.

Tidak perlu diminum tapi hanya kegunaan luar sahaja untuk dibuat mandi. Jadi ia selamat digunakan tanpa was-was.InsyaAllah berkesan.


Share on Google Plus

About ImAdir

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment