Sengkuang Cina

Khasiat Buah Sengkuang - Buah sengkuang atau dipanggil juga sengkuang ubi dihasilkan dalam tanah dan berwarna coklat. Isi buah sengkuang berwarna putih, rasanya rangup dan berair sedikit. Ada banyak bentuk buah sengkuang samada bulat, lonjong dan kecil.

sumber: google

Daun sengkuang berbentuk lebar seperti daun keledek dan merupakan spesis tanaman yang menjalar.



Hasil sengkuang ubi boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan. 




Khasiat yang terdapat pada buah sengkuang
  1. Mengatasi demam panas
  2. Meredakan demam
  3. Mampu mengubati selesema dan batuk
  4. Melawaskan buang air kecil
  5. Penawar demam kuning
  6. Mengatasi masalah gout
  7. Sesuai menjadi makanan diet.
  8. Menghaluskan dan memutihkan kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit. 
Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembap dan menegangkan kulit. Warna buah juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.

Cara membuatnya adalah dengan mencuci dan kupas sengkuang. Masukkan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Campurkan sedikit madu serta perahan air limau nipis. Lumur pada wajah sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya.

Kandungan buah Sengkuang

Buah sengkuang mengandungi 80 - 90% Mineral, 10-17% Karbohidrat, 1.0 - 2.5% Protein
0.2% Lemak, 0.5 - 1.0 Serat, Vitamin C, Kalsium, Fosforus dan zat besi.

Buah Sengkuang Cina

Manakala buah sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya adalah dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu. Minum airnya untuk menurunkan kadar tekanan darah. 




Selain itu Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan bergoreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup. 

Namun begitu, apabila memilih sengkuang cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.

Kegunaan biasa Sengkuang Cina

Sebagai campuran sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng. Boleh juga masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti. Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc.

Semoga khasiat buah sengkuang yang dipaparkan di atas boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mempelbagaikan menu masakan dengan campuran bahan yang berkhasiat.

Selamat membaca, jika bermanfaat boleh dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain...

keyword : sengkuang cina, demam kuning, petua demam kuning, cara atasi demam kuning, kaedah rawatan demam kuning, bahaya demam kuning, rawat demam kuning
Share on Google Plus

About ImAdir

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

1 comments:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete